Jesup meletak jawatan, digantikan oleh Zachary Taylor Perang Seminole Kedua

Jesup kini meminta dilucutkan jawatannya. Ketika musim panas hampir pada tahun 1838 bilangan tentera di Florida merosot kepada sekitar 2,300. Pada April Jesup diberitahu bahawa dia patut kembali ke jawatannya sebagai Jeneral Quartermaster Tentera.. Pada May Zachary Taylor, kini seorang Jeneral, mengambil alih pemerintahan pasukan Tentera di Florida. Dengan tentera yang berkurangan, Taylor menumpukan bagi mengekalkan puak Seminole luar dari utara Florida, agar penduduk boleh kembali ke penempatan mereka. Bagaimanapun, puak Seminole masih mampu sampai jauh ke utara. Pada Julai satu keluarga dibunuh di Sungai Santa Fe, satu lagi berhampiran Tallahassee, termasuk juga dua keluarga di Georgia. Pertempuran reda semasa musim panas, kerana tentera ditarik balik ke persisiran, dan Seminole menumpu bagi menanam tanaman mereka dan mengumpul bekalan bagi musim luruh dan sejuk.[45]

Rancangan Taylor adalah bagi membina pos kecil pada selang berkala merentasi utara Florida, disambung dengan laluan gerabak, dan menggunakan unit tentera yang besar bagi mencari di kawasan ditetapkan. Usaha ini memakan banyak belanja, tetapi pihak Kongress terus meluluskan belanjawan yang diperlukan. Pada Oktober 1838 Taylor memindahkan puak Indian terakhir sepanjang Sungai Apalachicola dipindahkan ke barat. Pembunuhan di kawasan Tallahassee menyebabkan Taylor menarik tentera keluar dari selatan Florida bagi memberikan lebih banyak perlindungan di utara. Musim sejuk agak sepi. Hanya beberapa orang Seminole dibunuh, dan kurang dari 200 dihantar ke barat, sementara hanya sembilan tentera Amerika Syarikat dibunuh oleh Seminole. Taylor juga mampu melaporkan bahawa pada musim Bunga 1839 bahawa orang-orangnya telah membina 53 pos baru dan menyiapkan 848 batu (1,365 km) jalan kereta lembu.[46]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...